Wanita cetak resume atas kek minta kerja dengan Nike

Resume yang dicetak atas sebiji kek untuk dihantar ke parti anjuran Nike. – LinkedIn

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menggunakan teknik unik bagi menghantar resume ke syarikat multinasional barangan sukan,  Nike apabila mencetaknya di atas sebiji kek, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Wanita itu,  Karly Pavlinac Blackburn mendedahkan tindakannya di platform media LinkedIn tentang pengalamannya memohon pekerjaan di Nike menggunakan sebiji kek.

“Beberapa minggu lalu, saya menghantar resume pekerjaan kepada Nike yang dicetak di atas sebiji kek yang boleh dimakan.

“Ia dihantar semasa Nike mengadakan majlis sambutan Hari Just Do It (JDI) yang dihadiri pemain terkemuka seperti LeBron James, Colin Kaepernick dan ramai lagi,” tulis Blackburn.



Dia juga berkata bahawa Nike  pada masa ini tidak membuka sebarang iklan jawatan kosong. Bagaimanapun,  Blackburn bertekad mahu Nike sedar akan kewujudan dan kesungguhan dirinya untuk diambil bekerja di sana.

Sejurus selepas mendapat idea mencetak resume pada kek dan menemui rakan penghantar yang sanggup bekerjasama ‘menerjah’ parti tanpa sebarang jemputan, idea Blackburn akhirnya menjadi kenyataan.

Namun tiada penjelasan sama ada pihak pengurusan Nike menyedari atau tidak kehadiran kek resume yang dihantar Blackburn semasa parti tersebut. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker