Diterima bekerja di Bank Dunia selepas hantar 600 e-mel, buat 80 panggilan telefon

Vatsal mengambil masa dua bulan sebelum menerima tawaran bekerja di Bank Dunia semasa pandemik Covid-19 melanda global pada tahun 2020. – NDTV

WASHINGTON – Usaha keras seorang lelaki memulakan kerjaya semasa pandemik Covid-19 menyerang dunia pada 2020 membuahkan hasil selepas menghantar 600 e-mel dan 80 panggilan memohon pekerjaan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Graduan Universiti Yale, Vatsal Nahata berkata,  dia mula resah apabila tidak mendapat sebarang tawaran kerja menjelang dua bulan tarikh graduasinya.

“Saya sudah menetapkan tidak akan pulang ke India terlebih dahulu dan gaji pertama saya mesti dibayar dalam mata wang Dollar.

“Tiada guna saya belajar di Yale jika tidak mampu mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian,” kata Vatsal.



Menurut Vatsal, dalam masa dua bulan, dia menghantar lebih 1,500 permohonan kerja, menulis 600 e-mel tanpa balasan, membuat 80 panggilan telefon dan berdepan banyak penolakan daripada pelbagai jenis syarikat.

Namun,  kegigihannya menghantar begitu banyak permohonan kepada pelbagai jenis syarikat membuahkan hasil apabila mendapat empat tawaran kerja pada bulan Mei.

“Saya memilih tawaran terbaik iaitu di Bank Dunia yang sanggup menaja perbelanjaan visa dan menawarkan saya menjadi pengarang bersama bagi kajian Pembelajaran Mesin dengan Pengarah Penyelidikan Bank Dunia semasa,” ujarnya.

Tujuan berkongsi pengalamannya dengan dunia adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya tidak berputus asa.



“Jika anda melalui sesuatu yang serupa di mana dunia seolah-olah runtuh menimpa anda, teruskan perjalanan dan jangan mudah menyerah kalah.

“Hari yang lebih baik akan datang jika anda belajar daripada kesilapan dan jika anda sanggup ‘mengetuk’ pintu peluang dalam kuantiti yang mencukupi ,” tuturnya. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut



Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker