Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi

Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan keterangan saksi ke-26 pendakwaan yang tidak menjawab soalan berhubung tiga dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikemukakan di mahkamah melalui e-mel yang terkandung dalam penyata saksinya.

Ketika disoal balas oleh Muhammad Shafee mengenai dokumen terbabit dan mencadangkan ia tidak lengkap, bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan ketika itu, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berulang kali menjawab ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.



Muhammad Shafee kelihatan terganggu dengan jawapan saksi itu dan memaklumkan bahawa beliau tidak memahami mengapa saksi itu dipanggil pendakwaan.

Beliau menyoal saksi pendakwaan itu pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

“Saya tidak faham kenapa saksi ini dipanggil kerana ia tidak berguna kepada kami. Perkara ini tidak membawa kami ke mana-mana. Ia adalah pertama kali saya bertemu dengan saksi macam ini,” katanya.

Disoal peguam itu sama ada beliau menyediakan penyata saksi terbabit, Siti Zauyah berkata ia disediakan oleh dua pegawainya dan hanya ditunjukkan kepadanya pada saat-saat akhir.



Prosiding berhenti rehat bagi peguam berbincang dengan timbalan pendakwa raya dan mendapatkan arahan lanjut mengenai saksi itu. BH

Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker