Pendakwah selebriti di sambung reman lagi kes salah laku seks

Perintah reman ke atas pendakwah selebriti di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung kes salah laku seks dilanjutkan selama lima hari bermula esok.

Timbalan Pendaftar, Ahmad Feisal Mohd Azmi mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan reman daripada pihak polis.

Pemuda yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 11 pagi dengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan ditemani peguam.

Dia direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, suspek yang diwakili peguam, Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang bagi membuktikan anak guam saya tidak bersalah.

“Anak guam sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat.

“Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Polis Selangor menerima enam laporan berkaitan salah laku seks disyaki dilakukan seorang pendakwah selebriti.

Katanya, lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, sekiranya terdapat lagi mangsa lain, mereka digesa tampil membuat laporan polis.

Pada 27 November lalu, media melaporkan seorang pendakwah selebriti berusia 25 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, September tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Sinar

Guru pula tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker