Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul

KUALA LUMPUR: Pendakwah selebriti yang ditahan atas dakwaan merogol, dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai seorang da’i untuk mengajak mangsa keluar bertemunya sebelum melakukan perbuatan terkutuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata hasil siasatan mendapati mangsa akan berkenalan dengan suspek menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram sebelum dipelawa untuk berkenalan dan keluar makan.

“Kebanyakan mangsa adalah penuntut dan ada yang sudah bekerja dan mereka adalah pengikut laman Instagram suspek.

“Susulan pertemuan itu, suspek akan memberi alasan untuk mengajak mangsa pulang bersamanya ke rumah sebelum melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa mangsa,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Huzir, polis sudah menerima tujuh laporan polis terhadap suspek setakat ini dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Da’i Syed buat laporan polis dituduh merogol seorang gadis

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.

“Polis turut membuka tiga lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul) dan satu lagi laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) kerana tiada unsur gangguan seksual,” katanya sambil menambah semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun.

Beliau turut yakin ramai lagi mangsa akan tampil membuat laporan terhadap suspek dan meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual suspek untuk tampil berbuat demikian-HM

Cikgu ‘korek rahsia’ pelajar dedah mangsa dirogol abang kandung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker