Siapa Reformis : Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Rafizi, Lim Kit Siang?

Mereka Tidak Layak Untuk Bercakap Mengenai Reformasi.

Siapa Reformis : Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Rafizi, Lim Kit Siang?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menegaskan sekutu Tun Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang adalah tidak layak untuk bercakap mengenai reformasi.

Jelas beliau, ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebelum ini, Council of Eminent Person (CEP) bertindak menekan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli ketika itu supaya letak jawatan.

“Tidakkah itu campur tangan politik. Bahkan Peguam Negara ketika itu TS Apandi Ali turut dipaksa bercuti (force leave). Peguamcara Negara memangku jawatan tersebut.

“Ketika itulah Malaysia hilang kedaulatan Pulau Batu Putih selama lamanya. SPRM juga dapat boss yang betul betul orang politik iaitu Latheefa Koya (PKR).

“PH boleh buat sesuka hati. Anwar, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Rafizi, PKR dan DAP adalah rakan kongsi yang bersekongkol. Apakah itu reformasi? Itulah retorik abad ini,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebooknya.

Selain itu, Puad juga menyebut bagaimana paksaan yang dilakukan terhadap Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli untuk meletakkan jawatan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamad juga mengkritik tindakan tersebut serta membidas Tun Mahathir dan Tun Daim yang memanggil Tun Raus mengadap sedangkan tiada keperluan kehadiran beliau kerana Eksekutif dan Judiciary perlu dipisahkan.

Pada akhirknya, mereka terpaksa meletakkan jawatan pada 7 Jun 2018.

“Ketua Hakim Negara bukan lantikan politik. Dia tidak perlu letak jawatan jika kerajaan yang melantiknya kalah dalam PRU. Tetapi Tun Raus disuruh letak jawatan lima hari selepas BN kalah.

“Ini diakui oleh Tun M di Jepun pada 13 Jun 2018. Katanya, CEP minta Tun Raus dan TS Zulkefli letak jawatan. Jika tidak Kerajaan mungkin akan lucutkan jawatan mereka.

“Pada Tun Hamid peristiwa itu memihak pada Tun M kerana Kerajaan PH tidak perlu buang Tun Raus melalui Tribunal seperti yang Tun M lakukan terhadap Tun Salleh Abas. Ia akan mencalar imej PH,” tambah Puad lagi.

Siapa Reformis : Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Rafizi, Lim Kit Siang?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker