Anjing ‘Melepas’ Dalam Mulut Ketika Tidur, Wanita Ini Ditahan Di Hospital

Anjing ‘Melepas’ Dalam Mulut Ketika Tidur, Wanita Ini Ditahan Di Hospital

SEORANG wanita terpaksa dirawat di hospital akibat jangkitan kuman selepas anjing peliharaan anak perempuannya ‘terberak’ di dalam mulutnya semasa dia tidur.

Menurut Amanda Gommo, 51, ketika kejadian, dia sedang tidur pada waktu siang dengan mulut sedikit terbuka.

Tiba-tiba anjing daripada baka chihuahua, Belle, yang mengalami cirit-birit, terbuang air besar dan najisnya terkena muka Amanda.

“Saya tiba-tiba merasakan sesuatu memancut di dalam mulut. Saya bergegas ke bilik mandi. Ketika itu anak saya sedang mandi, jadi sebelum membasuhnya, saya sempat mengambil gambar sekejap!

“Ia menjijikkan dan tak boleh hilangkan rasanya dari dalam mulut,” jelasnya.

Belle kemudian dibawa berjumpa doktor haiwan untuk dirawat.

Selepas menunjukkan simptom yang sama seperti Belle, Amanda menghubungi talian 111 untuk menghantar ambulans ke rumahnya.

Paramedik memberikan ubat tahan sakit bagi mengatasi kekejangan perut dan mengarahkannya mengambil air dalam kuantiti yang banyak untuk membuang sebarang kemungkinan jangkitan.

Selepas lawatan paramedik, simptom yang dialami Amanda menjadi semakin teruk, dan 48 jam kemudian, Amanda mengalami kejang di seluruh badannya.

Ibu kepada tiga anak itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan gastrousus berpunca daripada najis Belle yang memasuki mulutnya beberapa hari sebelumnya.

Amanda yang kehilangan banyak cecair daripada tubuh (dehidrasi) akibat cirit birit sehingga membuatkan buah pinggangnya mengecut, terpaksa ditahan di hospital selama tiga hari. –Daily Star

Anjing ‘Melepas’ Dalam Mulut Ketika Tidur, Wanita Ini Ditahan Di Hospital

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker