MRM bantu mangsa yang dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual Ebit Lew- Firdaus Wong

MRM bantu mangsa yang dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual Ebit Lew- Firdaus Wong

TENOM: Pendakwah, Firdaus Wong, 39, dipanggil sebagai saksi ketiga kes perbicaraan tuduhan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Firdaus yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) hadir ke Mahkamah Majistret di sini bagi menjadi saksi kedua pihak pendakwaan.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa antara mangsa yang pernah dibantu oleh pertubuhan itu termasuk mangsa gangguan seksual Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37.

“Antara wanita yang dibantu adalah wanita (dalam kes ini) yang telah mengadu kepada sahabat saya Akhir Fairuz bahawa wanita itu telah menerima mesej dan gambar lucah daripada Ebit Lew,” katanya di hadapan Majistret Nur Asyraf.

Menerusi keterangannya, Firdaus berkata, sayap wanita MRM berperanan memberi kesedaran kepada wanita-wanita di luar sama ada Islam atau tidak tentang isu-isu berkaitan dengan hak-hak mereka dalam Islam dan undang-undang dalam negara.

Selain itu, sayap wanita MRM juga menawarkan khidmat psikiatri, kaunseling, guaman dan kewangan kepada wanita yang dizalimi jika ada yang memerlukannya.

Beliau berkata, MRM menawarkan semua perkhidmatan itu berdasarkan pandangan dan nasihat pakar-pakar yang mengendalikan kes wanita dizalimi kerana mereka akan mengalami kesakitan dan trauma malah, sehingga ada yang ingin membunuh diri.

Menjawab persoalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad semasa sesi pemeriksaan pihak pendakwaan mengenai kes-kes wanita dizalimi, Firdaus memaklumkan mahkamah kes wanita dizalimi antaranya dipukul suami, dipaksa suami pinjam wang daripada ah long, kanak-kanak dan wanita yang dicabul oleh datuk atau bapa tiri, penderaan mental, cerai serta gangguan seksual.

“Paling muda pernah kami kendalikan seawal usia empat tahun.

“Kes gangguan seksual yang dikendalikan pula seperti gangguan seksual secara verbal, gangguan menerusi aplikasi telefon seperti telegram, Whatapp, Facebook selain cabul oleh majikan, rakan sekerja, ahli keluarga, orang asing tidak dikenali atau dari tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat,” katanya.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. Utusan

MRM bantu mangsa yang dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual Ebit Lew- Firdaus Wong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker