4 maut termasuk 1 rentung tragedi nahas awal pagi



4 maut termasuk 1 rentung tragedi nahas awal pagi

PENDANG: Empat maut, termasuk seorang rentung, dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 58.2 Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan sebuah kereta jenis Nissan Almera terbakar sehingga musnah 90 peratus, manakala Proton Wira pula dilaporkan terbalik tetapi tidak dijilat api.

Setakat ini, tiga mangsa dalam kereta Proton Wira dikenal pasti membabitkan dua lelaki berusia 26 dan 49 tahun, serta seorang wanita berumur 52 tahun.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang ditemui rentung dalam kereta Nissan Almera terbabit belum diperoleh, setakat ini.




Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima laporan berhubung kebakaran kereta terbabit pada jam 2.22 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Ezzani Emran, dengan dibantu pasukan dari BBP Jalan Raja serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanah Merah.

Beliau berkata, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas ‘resque tools’.

“Mangsa pertama, iaitu pemandu kereta Proton Wira berjaya dikeluarkan anggota operasi pada jam 4.07 pagi, disusuli mangsa kedua pada jam 4.28 pagi.

“Mangsa ketiga berjaya dikeluarkan pada jam 5.43 pagi, dan seterusnya mangsa yang rentung.




“Kesemua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan penilaian awal, Sayani berkata, mangsa yang rentung dipercayai lelaki tetapi identitinya belum diperoleh, setakat ini.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.05 pagi tadi. BH

4 maut termasuk 1 rentung tragedi nahas awal pagi


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Leave a Reply

Your email address will not be published.