Jakim serah K-KOMM siasat isu drama ‘Perempuan Itu’



Jakim serah K-KOMM siasat isu drama ‘Perempuan Itu’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan garis panduan dan siasatan pelaksanaan tindakan kepada pihak produksi drama berjudul ‘Perempuan Itu’ kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagaimanapun, daripada sudut panduan agama dan budaya, perkara seperti yang ditonjolkan dalam drama itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara ini.

“Perkara itu kini sudah berada dalam pemaklumaan kita dan ia lebih melibatkan kepada garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyiaran di bawah K-KOMM. Jadi, kita serahkan kepada kementerian itu.

“Daripada sudut Jakim, meskipun drama atau filem tempatan bersifat universal namun, ia tidak sesuai untuk kita yang penuh budaya ketimuran dan perkara yang terjadi ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kejohanan Muay Thai di Pusat Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini hari ini.




Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, beliau berharap penerbit, pengarah filem dan juga pemain industri hiburan mengambil kira dengan perkara itu kerana ia amat sensitif.

Tambahnya, penularan klip video babak drama itu jelas menimbulkan keresahan masyarakat kerana ia menyentuh sentimen dan pandangan orang ramai. K Online

Jakim serah K-KOMM siasat isu drama ‘Perempuan Itu’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Leave a Reply

Your email address will not be published.