Jelapang padi boleh bertukar jadi ladang ketum?

Jelapang padi boleh bertukar jadi ladang ketum?

KESIHATAN Awam Malaysia (PHM) meluahkan kebimbangan sekiranya penanaman ketum dikomersilkan di negeri Kedah kerana ia boleh menukarkan jelapang padi kepada ladang ketum.

PHM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bimbang sekiranya ketum dikomersialkan, segala masalah sosial dan implikasi negatif begitu mudah dikaburi dengan manfaat ekonomi dan keuntungan semata-mata.

Kenyataan itu berkata, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) telah mengklasifikasikan ketum sebagai dadah jenis baru pada 2013.

“Majlis fatwa juga telah memutuskan air ketum adalah haram kerana memabukkan.

“Bayangkan, jika penanaman ketum dikomersilkan, jelapang padi akan beransur ansur digantikan dengan ketum.

“Ia juga mungkin memberi kesan kepasa sumber padi dan beras negara,” kata PHM menerusi Facebooknya hari ini.

PHM juga menyatakan tidak perlu menambah beban masalah sosial negara dengan ketum apatah lagi kini sudah terdapat banyak isu berkaitan rokok, vape dan arak.

“Cukup cukuplah dengan rokok, vape dan arak. Usah tambah beban masalah sosial negara dengan ketum.

Pada 16 Mac lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa negeri itu boleh menjadi pusat pengumpulan komoditi ketum secara sah.

“Saya harap agensi penguatkuasaan boleh bincang perkara ini, kalau perlu dibawa ke Parlimen, kita bawa ke Parlimen,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut bersedia melantik mana-mana agensi seperti Kedah Agro, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah (PKNK) atau Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) menguruskan proses pengeksportan ketum berkenaan.

“Tanaman ini banyak di Kedah, lebih baik kita beri kebenaran eksport. Ladang ketum ada, tanam boleh, petik dengan proses tak boleh, ketum ini ada nilai perubatan tetapi untuk masuk dalam badan secara salah yang dinamakan cakoroi itu tidak boleh, ia tetap salah,” katanya.

Bagaimanapun, sehari selepas cadangan berkenaan diketengahkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini, dieksport ke Thailand.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerana sebarang langkah mengeksport daun terbabit menyalahi Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.

Untuk rekod, pada tahun 2019, BH online pernah melaporkan kewujudan aktiviti ladang ketum dalam sawah di Kedah. E9

Jelapang padi boleh bertukar jadi ladang ketum?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker