Suspek pukul penunggang basikal diambil keterangan

Suspek pukul penunggang basikal diambil keterangan

Seorang lelaki dipercayai suspek kes pukul ke atas seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung sudah direkod keterangannya oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Manjung Nor Omar Sappi berkata, temubual ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung petang semalam mendapati punca kejadian adalah disebabkan salah faham antara lelaki berkenaan dengan penunggang basikal warga asing itu.

Katanya, suspek telah menggunakan kereta jenis Proton Wira yang dipinjam daripada rakannya manakala mangsa yang menunggang basikal telah berada di lorong kiri jalan di lampu isyarat simpang empat AEON Mall Seri Manjung.

“Apabila tiba di tempat kejadian, semasa suspek mahu membelok ke simpang kiri laluan lorong pusat beli-belah itu, mangsa yang berada di lorong kiri laluan utama di persimpangan lampu isyarat tersebut beranggapan bahawa suspek ingin menghimpit dan melanggarnya.

“Oleh kerana salah faham, suspek telah bertindak memukul mangsa kerana mangsa telah memaki hamun serta mencabar suspek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata sehingga kini, mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat olehnya namun pihak polis menerima laporan berkaitan insiden itu daripada seorang wanita pada 10 pagi semalam.

Menurut Nor Omar, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan permohonan perintah untuk siasat (OTI) akan dibuat kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi meneruskan siasatan.

“Pihak polis menyeru kepada mangsa yang terlibat supaya tampil membuat laporan polis dan sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Irsyadiman Allmui di talian 01117836233 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video menerusi laman media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna biru memberhentikan kenderaan sebelum memukul lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat. FMT

Suspek pukul penunggang basikal diambil keterangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker