Vios rempuh kedai makan

Vios rempuh kedai makan

SEORANG wanita warga emas yang tiba-tiba pitam ketika hendak parkir kenderaannya merempuh sebuah kedai makan dalam satu kejadian di Batu 13, Hulu Langat, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.50 tengah hari membabitkan wanita berusia 63 tahun yang memandu sebuah Toyota Vios.

Katanya, wanita itu ingin menekan brek, tetapi secara tiba-tiba pitam lalu tertekan pedal minyak yang kemudian melanggar sebuah motosikal sebelum meluru masuk ke dalam kedai.



“Akibat rempuhan itu seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pelanggan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kedai berdepan masalah kerosakan harta benda.

“Siasatan lanjut dijalankan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan”.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati pengusaha premis perniagaan makanan agar memasang besi keselamatan atau sesuatu struktur yang kukuh supaya dapat mengelakkan kemalangan yang seumpamanya berlaku. Utv



Vios rempuh kedai makan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker