Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat



Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat

SETELAH dua tahun tidak dapat bersahur dan berpuasa bersama keluarga akhirnya pada tahun ini tiada lagi sekatan buat mereka yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut bulan Ramadan.

Pasti ada di antara kita yang menginginkan satu kelainan untuk juadah berbuka yang boleh dinikmati bersama keluarga.

Bagi mereka yang mungkin bosan dengan juadah berasaskan nasi putih bolehlah mencuba resipi Nasi Hujan Panas.

Usah risau, sekiranya anda menyediakan bahan dan mengikut segala cara memasak pasti menjadi!




Nasi Hujan Panas ini sesuai disajikan bersama Ayam Masak Kurma atau Ayam Merah terpulang kepada cita rasa masing-masing.

Berikut perkongsian resipi Nasi Hujan Panas oleh pengguna Facebook, Khairul Hasrol.

BAHAN-BAHAN

4 ½ Pot beras basmathi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
3 helai daun pandan
3 sudu besar minyak sapi
1 bahagian kiub ayam
2 pot susu penuh krim
2 ½ pot air
Pewarna merah, hijau, kuning
Garam

CARA MEMASAK




1. Rendam beras selama 30 minit kemudian dan toskan.
2. Hiris halus bawang besar, bawang putih, halia.
3. Panaskan kuali dan masuk minyak sapi kemudian tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan pelaga .
4. Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris dan tumis sehingga naik bau.
5. Setelah bau semakin wangi, masukkan daun pandan dan diikuti kiub ayam
6. Kemudian masukkan beras basmathi, susu penuh krim, air dan garam.
7. Masak nasi sehingga hampir kering kemudian tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
8. Setelah nasi menjadi kering, titiskan pewarna dan kacau nasi sehingga betul-betul kering.
9. Siap untuk dihidangkan.

Kredit Khairul Hasrol

Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Leave a Reply

Your email address will not be published.