UFO kejar kapal perang AS

UFO kejar kapal perang AS

Anak-anak kapal di atas kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Kearsage mendakwa bahawa mereka dikejar oleh dua bola cahaya sebesar kereta yang tidak terjejas oleh serangan senjata antidron, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut mereka, pertembungan dengan bola cahaya yang dianggap sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) itu berlaku ketika USS Kearsage sedang menyertai latihan perang di luar pantai timur AS.

Pembuat filem dokumentari, Dave C. Beaty buat pertama kalinya mendedahkan penampakan yang membimbangkan pada Oktober 2021 itu.

Bola cahaya itu dikatakan berada pada jarak hampir 61 meter di atas permukaan laut dan sekitar 804.7 meter di belakang kapal perang itu.

Dua bola cahaya itu mula dikesan oleh kru kapal tetapi mereka gagal ‘mengunci’ sasaran untuk melepaskan tembakan menggunakan senjata anti dron.

Serangan senjata anti dron yang dilancarkan terhadap dua bola cahaya itu juga tidak berhasil.

Objek misteri itu didakwa melakukan gerakan layangan pantas ketika mengekori di belakang kapal berkenaan.

Seorang kru kapal memberi arahan menerusi radio bahawa objek misteri itu ‘bukan milik tentera AS’.

Dalam situasi lain, seorang pemerhati UFO telah memaklumkan detik luar biasa apabila dia mendakwa berhadapan dengan makhluk asing yang mencekik lehernya. K Online

UFO kejar kapal perang AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker