Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari

Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, menjadi sensasi di internet selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka, lapor portal Wolipop.

Wanita itu berkata, dia bernama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.



Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.



“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya. – AGENSI

Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)



Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker