Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika

Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika

Ringgit terus mencatatkan momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh minat belian baharu dalam mata wang itu dan sentimen yang lebih baik mengenai pembukaan berterusan China untuk perjalanan antarabangsa, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.2755/2805 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 pada Jumaat lalu.

Pasaran menyambung semula dagangan hari ini selepas cuti pada 23 dan 24 Jan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes percaya sebahagian pelabur dijangka akan terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

“Bagaimanapun, dengan dorongan pengguna China yang kembali dan pembukaan berterusan untuk perjalanan antarabangsa China, saya menjangka ringgit akan terus berada pada kedudukan yang kukuh walaupun terdapat gangguan jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Edward Moya berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS menunjukkan peningkatan yang stabil dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, tetapi turut mencatatkan jujukan tujuh bulan untuk kenaikan harga input yang sederhana.

“PMI adalah positif untuk prospek pertumbuhan, tetapi mewujudkan kebimbangan bahawa inflasi mungkin lebih sukar untuk diturunkan berikutan beban kenaikan kos yang lebih cepat menjejaskan firma sektor swasta,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2385/2428 daripada 3.2386/2425 dan naik kepada 5.2687/2749 berbanding pound daripada 5.2861/2916 pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6543/6598 daripada 4.6393/6442, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2800/2841 daripada 3.3073/3111 sebelum ini. BH

Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker