Bogor anjur pertandingan gali kubur

Pertandingan menggali kubur anjuran Pemerintah Kabupaten Bogor, baru-baru ini. – Kabupaten Bogor

JAKARTA – Pentadbiran Kabupaten Bogor di Jawa Barat menganjurkan pertandingan menggali kubur paling kemas dan pantas yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai  5 juta rupiah (RM1,468), lapor portal Coconut News.

Tujuan pertandingan itu adalah untuk menaikkan martabat penggali kubur selain tanda  penghargaan buat pekerjaan  tersebut terutamanya semasa musim pandemik Covid-19.

Ketua Badan Perumahan, Permukiman, dan Pengezonan Kabupaten Bogor, Ajat Rochmat Jatnika berkata, penggali- penggali kubur telah bekerja keras mengebumikan mangsa Covid-19 ejak beberapa tahun lalu.

“Bayangkan, semasa kemuncak penularan wabak ini, penggali kubur mengebumikan sehingga 50 jenazah setiap hari. Mereka melakukannya tanpa mengira waktu walaupun menyedari  risikonya,” kata Ajat.



Peserta dinilai berdasarkan kelajuan menggali, kekemasan dan kepatuhan mereka kepada dimensi kubur standard.

Seorang penggali kubur dari Tanah Perkuburan Jonggol, yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan berkata,  dia telah bekerja sebagai penggali kubur selama 16 tahun.

“Alhamdulillah, saya masih mempunyai kekuatan untuk bekerja sehingga ke hari ini. Saya berharap dapat sentiasa membantu orang dan saya kekal sihat.

“Terima kasih kepada Ketua Daerah Bogor atas perhatian, penghargaan, dan motivasi kepada kami,” katanya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)



Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker