Alif Satar jutawan senyap

Alif Satar jutawan senyap

LEBIH 15 tahun berkecimpung dalam industri hiburan sejak 2006, nama Alif Satar kini boleh diangkat sebagai artis versatil. Dia adalah penyanyi, pelakon, pengacara, penulis lagu dan ahli perniagaan berjaya.

Pada usia 32 tahunnya sekarang, boleh dikata bapa tiga anak ini juga dianggap segelintir pihak sudah berstatus ‘jutawan’ dalam diam jika diambil kira daripada sudut pencapaiannya menerusi pembabitan karier diceburi.

Enggan mendabik dada dan memilih untuk ‘mengunci mulut’, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia cuma bekerja saja dan sentiasa berusaha buat yang terbaik mengikut apa diinginkannya.

“Untuk mengulas mengenai status ‘jutawan’ dikatakan, saya tiada jawapan. Sama ada dah sampai atau hampir pada gelaran itu, tak tahulah. Bagi orang yang fikir, sebab saya cuma hendak terus bekerja saja dengan visi dan misi dipegang selama ini.

“Apa pun, saya sentiasa yakin dengan ungkapan yang orang selalu cakap iaitu ‘what you give, you get back’ (apa yang awak beri, awak dapat balik). Jadi, orang nak fikir apa, dia punya suka, tapi hanya saya yang tahu sebenarnya,” katanya.

Menurut pengacara Muzik Muzik 37 di TV3 ini lagi, segala usaha dilakukannya yang selalu cuba buat terbaik dalam perkerjaan itu juga bergantung kepada rezeki daripada Allah.

“Soal rezeki ini semuanya Allah yang tentukan. Sama juga dengan kudrat saya, tenaga saya dan suara saya, segala-galanya diberi oleh Allah SWT. Alhamdulillah, saya hanya mampu untuk mensyukurinya.

“Kadang-kadang itu, apabila berasa sedikit penat ada juga saya terfikir macam mana boleh buat semua ini dengan tenang. Ikutkan jadual kerja saya, dah mula dari jam 5.30 pagi dan balik pula jam 7 malam. Tapi, selepas itu saya boleh lagi masuk ke pejabat untuk buat projek seterusnya.

“Esok harinya, jadual saya tetap bermula seawal jam 5.30 pagi lagi, tapi saya memang akan bersemangat untuk melakukan semua kerja itu. Jadi, saya percaya dan yakin bahawa hasil kegigihan ini semua datangnya daripada Allah,” katanya.

Alif berkata, apa yang pasti rezeki tidak putus diperolehnya itu juga hadir berbekalkan doa daripada ibu bapanya. Kata pelakon drama Dia Semanis Honey dan Pia ini, dia gembira dan bahagia.

Kini mengatur langkah bersama Alif Satar & The Locos, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pendusta, Sesunguhnya Aku dan Anugerah Terindah ini menjalin kerjasama kali keduanya dengan kumpulan nasyid, Raihan.

Melalui kolaborasi Alif Satar & The Locos X Raihan itu, mereka tampil dengan produk lagu istimewa dikenali The Sunnah The Better yang diperdengarkan di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, baru-baru ini.

Alif berkata, dia sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Raihan lagi, selepas berjaya melakukannya dua tahun lalu menerusi rakaman semula lagu popular kumpulan itu berjudul Sesungguhnya 2019.

“Dengan sambutan baik diterima daripada kerjasama kami yang dulu, saya fikir ada baiknya meneruskan lagi. Tambahan pula, bekerja dengan Raihan sangat mudah kerana kami juga senang berbincang.

“Menariknya lagi, peminat dapat mendengar lagu yang dipiliih untuk projek baharu kami ini pada bulan Ramadan. Saya yakin maklum balas akan diterima daripada pendengar nanti sangat positif dan baik,” katanya.

Menurut Alif, impak luar jangka pernah diterimanya dan Raihan untuk lagu Sesungguhnya 2019 lalu adalah pencapaian terindah mereka. Katanya, hingga kini lagu itu masih menjadi perhatian pendengar dari pelbagai peringkat umur.

Sehubungan itu, dalam projek The Sunnah The Better sebanyak lima lagu dirakam mereka iaitu Bismillah, 25 Rasul, Assolatuwassalamm, Rayuan Rindu serta medley, Puji Pujian dan Syukur.

Alif berkata, semua lagu ini juga dimuat naik secara berperingkat di saluran YouTube miliknya, Alif Satar mulai 3 April lalu (semalam). HM

Alif Satar jutawan senyap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker