Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa

Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa

Polis mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas Dr Mahathir Mohamad sepertimana dilaporkan beberapa portal berita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata, kali terakhir bekas perdana menteri itu dipanggil polis adalah pada 22 Mac tahun ini bagi membantu siasatan kes terbitan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.



“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihasilkan bekas peguam negara berjudul ‘My Story: Justice in Wilderness’,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu Mahathir dilaporkan berkata, beliau mungkin akan dipanggil untuk disoal siasat kerana mempertikai sistem keadilan berhubung kes Najib Razak yang disabit bersalah kerana rasuah, namun masih lagi tidak dipenjara walaupun sehari.

Mahathir dalam hantarannya hari ini, turut memberi contoh perbuatan mencuri seekor ayam boleh dimasukkan dalam penjara serta merta.

“Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas.”



Bekas perdana menteri itu berspekulasi dengan mendakwa,”Belum jadi. Tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja,” katanya. Beliau berkata, “Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat.”

Mahathir berkata, dipanggil pihak berkuasa bertujuan untuk menakutkan orang. “Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay.” FMT

Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)



Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker