RUU Anti Gangguan Seksual: Pakai mencolok mata boleh jadi gangguan seksual

 

Cara berpakaian yang mencolok mata boleh dianggap sebagai satu kesalahan berdasarkan definisi yang diperluas di bawah rang undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan ahli parlimen PAS, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berkata, memakai pakaian ‘mencolok mata’ boleh dianggap sebagai gangguan seksual sekiranya menepati definisi dalam RUU tersebut.

RUU itu mentakrifkan gangguan seksual sebagai sebarang perlakuan seksual yang tidak diingini, dalam apa jua bentuk, sama ada lisan atau bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang disasarkan kepada individu yang secara munasabah menyebabkan kesalahan, penghinaan atau mengancam kesejahteraan mereka.

“Sekiranya tujuan memakai pakaian mencolok mata atau tak sopan, ditujukan terus kepada seseorang dan menepati definisi, maka ia satu kesalahan yang boleh diajukan kepada tibunal,” katanya semasa menggulung perbahasan RUU berkenaan di peringkat dasar.

Rina menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Kuala Krai) semalam yang bertanya apakah memakai pakaian yang berunsur provokasi seksual atau tidak sesuai merupakan satu kesalahan gangguan seksual.

Ketika dihubungi, Hannah Yeoh (Pakatan Harapan-Segambut) bersetuju bahawa terdapat kes di mana seseorang menggunakan cara berpakaian atau mendedahkan tubuh mereka untuk mengganggu seseorang, seperti mendedahkan kemaluan atau melucutkan pakaian mereka.

Bagaimanapun, dia juga mengakui terdapat potensi perkara itu disalahgunakan.

Hujah pakaian, sering digunakan untuk menyalahkan mangsa jenayah seksual, walaupun terdapat bukti bahawa rogol dan gangguan seksual berlaku tanpa mengira cara seseorang berpakaian.

Pada 2019, senator PKR ketika itu Mohd Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual digubal bagi melindungi lelaki daripada tergoda untuk melakukan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.

Imran bagaimanapun menarik balik cadangan itu dan memohon maaf selepas menerima reaksi meluas daripada orang ramai.

Siti Zailah Mohd Yusoff – yang merupakan timbalan Rina – pada 2013 mencadangkan undang-undang yang sama untuk menghalang wanita daripada memakai pakaian tidak senonoh bagi mengekang jenayah seksual.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker