Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah maut kemalangan

Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah, D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.



“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan. – Bernama

Timbalan Ketua MIC Bahagian Tapah maut kemalangan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker