Kisah Rider Wanita Bawa Anak OKU Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen

Kisah Rider Wanita Bawa Anak OKU Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen

SETIAP daripada kita diuji dengan pelbagai masalah hidup. Namun adakalanya musibah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita.

Seorang penghantar makanan (rider) baru-baru ini tular apabila membawa anaknya bersama setiap kali mengambil dan menghantar pesanan pelanggan.



Penghantar makanan berkenaan, Azimah merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bernama Zahirah, 5.

Difahamkan wanita itu memilih kerjaya penghantar makanan memandangkan ia adalah satu-satunya pekerjaan yang membolehkannya membawa anak bersama-sama.

Sementelahan Zahirah mengalami masalah penglihatan sejak lahir memerlukan pemantauan daripada sepanjang masa.

Kesukaran hidup dihadapi ibu tunggal itu mendapat perhatian daripada aktivis masyarakat, Ebit Lew.



Ebit yang bertemu Azimah turut mengagumi semangat wanita itu berjuang hidup bersama permata hatinya.

“Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang OKU penglihatan. Pergi ke mana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya.

“Anaknya aktif dan manja dengan emaknya, rapat berdua.

“Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja ke sana sini.



“Katanya sudah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan,” titip Ebit.

TERIMA RUMAH SEWA

Azimah yang difahamkan tidak berjaya dalam permohonan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) turut menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit.

“Kakak ini mohon rumah PPR belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.



“Syukur pada ALLAH. Kami dapat carikan rumah buat kakak ini. Tidak perlu bayar kerana kami akan bayarkan,” ujar Ebit.

PERABOT, PERKAKAS ELEKTRIK

Dalam pada itu, Ebit turut menghadiahkan kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik dan pakaian raya buat Azimah dan Zahirah.

“Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan periuk nasi elektrik.



“Dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur ALLAH beri rezeki begini padanya,” titipnya.

Dalam pada itu, Ebit turut menitipkan doa agar segala urusan wanita itu dan anaknya dipermudahkan.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok berkongsi video Azimah di sebuah stesen minyak dengan membawa bersama anaknya.



Pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak melihat Azimah terpaksa bekerja dalam cuaca yang panas bersama anaknya.

Video berkenaan kemudian menjadi tular dan mendapat lebih 31,000 tontonan. SPlus

Kisah Rider Wanita Bawa Anak OKU Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker