PRNJohor: PAS nak jumpa MB, bincang jayakan MN

PRNJohor: PAS nak jumpa MB, bincang jayakan MN

PAS sudah menghubungi Ketua Umno Johor Hasni Mohammad untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi menjayakan usaha Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata, antara butiran yang akan dibincangkan termasuk usaha memperkasakan perjuangan ummah antara Umno serta PAS di bawah payung MN.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (usaha jayakan MN). PAS Johor sudah berhubung dengan pihak Umno Johor dan telah mendapat maklum balas baik untuk bertemu Menteri Besar.

“InsyaAllah, satu perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Abdullah berkata, PAS Pusat juga telah memberikan lampu hijau buat PAS Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu dan beliau mengharapkan dapat mencapai persefahaman bagi tujuan berkenaan.

Tambah beliau, pembahagian kerusi juga akan dibincangkan bersama kepimpinan pusat selain dalam pertemuan bersama Hasni sedikit masa lagi.

“Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan di peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanya seorang wakil PAS Johor menang kerusi DUN iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.

DUN Johor dibubarkan semalam, selepas beberapa minggu spekulasi dan gesaan daripada pemimpin Umno bagi pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada 5 petang semalam di Istana Bukit Serene.

PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN, bermaksud yang akan datang mungkin diadakan pada atau sebelum 23 Mac. FMT

PRNJohor: PAS nak jumpa MB, bincang jayakan MN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker