Pengeluaran terbaharu KWSP boleh cecah RM20 bilion

Pengeluaran terbaharu KWSP boleh cecah RM20 bilion

Dianggarkan RM20 bilion akan dikeluarkan dalam pusingan terbaharu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata ahli ekonomi, Lee Heng Guie.

Lee yang mengetuai badan pemikir Pusat Penyelidikan Sosioekonomi berkata, pengeluaran KWSP yang mencecah RM20 bilion itu boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi 0.5% dan merangsang pertumbuhan perbelanjaan sebanyak 0.8%, berdasarkan unjuran Bank Negara Malaysia.



“Tahun ini, pertumbuhan ekonomi dijangka antara 5.2 hingga 6.3%, dengan perbelanjaan pengguna akan meningkat kepada 9%,” katanya menurut laporan China Press.

Pusingan terbaharu pengeluaran khas KWSP diumumkan kerajaan bulan lalu. Ia adalah pengeluaran keempat bagi membantu rakyat Malaysia pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Lee berkata, pusingan itu adalah pengeluaran khas terakhir kerana pencarum mungkin tidak mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun persaraan mereka.

Bagaimanapun, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, dan pembukaan semula sempadan Malaysia, dijangka berlaku peningkatan kuasa membeli yang akan meningkatkan perbelanjaan pengguna secara keseluruhan.



Pengeluaran khas sehingga RM10,000 terbuka kepada pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah yang terkesan akibat pandemik. Permohonan pengeluaran boleh dibuat sepanjang bulan ini.

Pencarum KWSP sudah dibenar mengeluarkan sehingga RM71,000 daripada dana persaraan mereka menerusi tiga pusingan pengeluaran terdahulu, membabitkan RM101 bilion.

Susulan itu, KWSP berkata, 6.1 juta pencarumnya atau 48% ahlinya berusia 55 tahun ke bawah, kini mempunyai kurang RM10,000 dalam simpanan persaraan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dilaporkan berkata, KWSP mungkin terpaksa menjual lebih banyak aset di luar negara, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran kali keempat. FMT



Pengeluaran terbaharu KWSP boleh cecah RM20 bilion


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker