10 PATI berhimpit dalam Proton Waja

10 PATI berhimpit dalam Proton Waja

Sepuluh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar ditahan di Jalan Pintasan Pasir Mas, Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan awal pagi tadi, selepas ditemui berhimpit dalam sebuah Proton Waja.

Tindakan itu dipatahkan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) kira-kira 3 pagi Isnin.



Pegawai Pemerintah PGA7, Azhari Nusi berkata, ketika kejadian, anggota bertugas yang membuat rondaan terserempak dengan kereta itu dalam keadaan mencurigakan.

Anggotanya kemudian menahan kereta itu, sebelum melakukan pemeriksaan ke atas pemandu yang juga seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

“Anggota bertugas menemui sekumpulan warga Myanmar berhimpit di tempat duduk penumpang serta dalam bonet. Selepas disoal siasat, kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, termasuk pengenalan diri dan permit perjalanan.

“Kesemua PATI dan pemandu yang disyaki sebagai tekong itu ditahan, manakala kereta dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Susulan penahanan pertama itu, katanya, pada 4 pagi hari sama, anggotanya menyerbu sebuah rumah di Kampung Pangkal Pisang, Kota Bharu dan menahan seorang lagi lelaki tempatan.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati dua warga tempatan itu disyaki berperanan sebagai “transporter” dengan mengenakan upah RM400 bagi setiap PATI yang dibawa ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

10 PATI berhimpit dalam Proton Waja




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker