Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Bulan puasa ni, mesti korang terfikir dekat mana kedai makan Thai untuk berbuka puasa di Selangor kan? Kedai makan Thai memang senang sangat nak didapati di mana mana kedai sekarang ni. Tapi, kedai yang mana satu yang menawarkan kualiti makanan Thai yang sedap dengan harga berpatutan? Haa jom kita explore 10 kedai makan thai untuk berbuka puasa di Selangor yang popular dan menjadi pilihan ramai.

1. Restoran Orkid Thai



Restoran ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan juga berada di tengah bandar. Bukan sahaja lokasinya strategik, malah lauk di sini juga sangatlah segar dan dapat pujian dari ramai orang.

Restoran Orkid Thai ini menghidangkan masakan Thai asli dengan menu terkenal mereka iaitu Tomyam. Antara menu Tomyam yang cukup diminati ramai orang semestinya lah Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken dan Tom Yam Prawn in Coconut. Memang dijamin sedap hingga menjilat jari!

Alamat: No, 17, 17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,, 40100, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam

2. Street Thai



Jika dilihat dengan suasana restoran ini, ia berkonsepkan ‘street food’ yang boleh didapati di Thailand, mereka menyajikan masakan Thai asli yang halal.

Menu-menu yang mendapat tempat yang cukup istimewa di hati para pelanggan ialah Pad Krapow, Thai Fried Chicken Wings dan Pineapple Fried Rice. Tak cukup dengan itu, untuk pencuci mulut, ramai orang amat menggemari Mango Sticky Rice mereka. Anda patut cuba untuk berbuka puasa di sini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Alamat: 100-G.001, The School, No., 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam (Jumaat dan Sabtu dibuka bermula dari jam 11:30 pagi hingga 11 malam)


Antara menu popular di kedai ini



3. Restoran Serai Thai

Restoran ini tidak asing lagi buat peminat makanan Thai, terutamanya yang menetap di Shah Alam dan Setia Alam. Restoran ini bukan sahaja terkenal kerana keenakan makanan Thai di sini, malah susana restoran ini juga sangat cantik dan selesa!

Antara masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood dan untuk pencuci mulut pula, ramai yang mencadangkan unutk mencuba Tab Tim Grob atau Red Rubies mereka.

Alamat: 5, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi hingga 3 petang, dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam)



4. Restoran Thai Nyonya

Restoran Thai Nyonya ini sangatlah unik kerana mereka menghidangkan masakan asli Thai dan masakan asli Baba Nonya, sangat luar biasa. Restoran ini juga menawarkan makanan kualiti yang sangat bagus dan yang sangat penting ianya Halal. Antara masakan Thai yang digemari ramai ialah Thai Curry Prawn, Thai Prawn Cake dan Steamed Fish With Ginger Soya Sauce. Hidangannya juga bersaiz besar dengan harga yang berbaloi. Anda wajib mencubanya!

Alamat: Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam

5. Soi 55 Thai Kitchen, Mont Kiara



Restoran yang juga menyediakan banyak lauk-pauk Thailand yang pasti akan membuatkan anda terliur. Harganya juga sangatlah murah jadi bolehlah anda order banyak-banyak! Tengah lapar kan lepas seharia berpuasa confirm tak menyesal la.

Alamat: Solaris 16 Jalan Solaris 5, Mont Kiara ,Solaris, 50480, KL.
Waktu operasi: Setiap hari (11am-11pm)

6. Mr. Tuk Tuk, Shah Alam

Anda nak cuba makan makanan Thailand berlauk? Haaa Mr. Tuk Tuk lah tempatnya! Lauk-pauk Thailand yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai sangat kalau makan bersama keluarga dan rakan-rakan.



Alamat: LG-69, Setia City Mall, No 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari (10am-10pm)

7.Restoran Bangkok House

Anda pernah rasa tak makanan dari kota Bangkok? Kalau tak pernah, Bangkok House la tempat yang sesuai. Mereka menyajikan makanan street Bangkok yang sedap dan semestinya halal. Restoran ini terletak di Petaling Jaya. Antara masakan Thai yang terkenal di sini ialah Pineapple Fried Rice. Yang lagi unik, Pineapple Fried Rice di sini dihidangkan di dalam kulit nanas itu sendiri, memang best!

Alamat: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, (11 pagi hingga 11 malam)

8. My Elephant Thai

Restoran My Elephant ini cukup terkenal di Selangor. Mereka ada juga beberapa cawangan di Sri Hartamas di KL, Ampang dan Subang Jaya, restoran ini juga selalu menjadi buruan peminat makanan Thai kerana keenakan masakan thainya! Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Antara masakan Thai yang memang popular di sini ialah Phad Thai, Grapow Noodles dan Green Curry. Green Curry di sini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasa pedas dan berempah yang cukup memikat. Baunya sahaja dah boleh buat anda terliur. Anda wajib cuba restoran ini.

Alamat: CG-4, Jalan 17/13, Happy Mansion, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, (11:30 pagi hingga 2:30 petang, dibuka semula pda jam 6 petang hingga 10 malam)

9. Khunthai Authentic Thai Restaurant

Namanya pun ‘Authentic’, sudah tentulah keaslian masakan Thai di restoran ini terjamin. Ramai peminat masakan Thai datang menerjah restoran ini terutamanya pada waktu malam.

Antara menu yang mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggan di sini ialah Pandan Chicken, hidangan Tomyam dan Thai Style Salted Eegg Prawn. Harganya juga sangatlah berpatutan dengan kualiti makanan yang desediakan.

Alamat: No.6, Jalan 5/44 & Off Jalan Gasing, Petaling Garden, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, (10 pagi hingga 12 tengah malam)

10. Pak Sawadee

Orang Shah Alam mesti familiar dengan restoran ini. Restoran ini selalu dipenuhi dengan pelanggan terutamanya pada waktu malam. Masakkan thai mereka sangat lah pekat dan rasa keasliannya memang terasa. Suasana restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang nak berbuka bersama keluarga. Dengan harga yang berpatutan, memang berbaloi sangatlah jika anda makan di sini.

Alamat: 21-G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, (12 hingga 3.30 petang dan dibuka semula hingga 12 tengah malam)

Menu tarikan utama para pelanggan jika mereka ke restoran ini

Sumber: Mai Singgah

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker