Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat

Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat

Selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbalas pantun menerima pelawaan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat, Isham Jalil juga berbuat demikian.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor ketika mengulas jawapan Anwar itu turut menjual pantunnya kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilihat cuba berdolak dalik atas ajakannya untuk turut sama berdebat.

Menurut Isham, apabila Anwar sudah menjawab sahutan Najib, beliau menyerah dan menunggu keputusan daripada Bossku namun pada masa sama mengharapkan Rafizi juga ikut serta untuk berdebat dengannya.

“Semalam, Rafizi kata dia kalahkan saya debat pada tahun 1992, dan semasa saya menang tahun 1991 dia kata dia tiada dalam pasukan debat sekolahnya.

“Dia kata masa itu dia di tingkatan 2. Mungkin dia tidak mahu mengaku ada dalam pasukan itu walaupun bukan sebagai pembahas.

“Saya masa itu di tingkatan 3, semasa tingkatan 1 saya telah wakil sekolah saya dalam pasukan bahas sebagai penyelidik,” katanya.

Namun Isham tidak mahu membuang masa berusaha mencari rekod 30 tahun lepas untuk berdebat dengan Rafizi mengenai isu itu sekarang.

Katanya, mungkin lebih baik beliau berdebat sekali lagi dengan Naib Presiden PKR itu untuk isu semasa sekarang bagi membincangkan kepentingan negara.

“Rafizi kata dia tidak mahu layan perkara-perkara remeh yang dibawa oleh saya yang digelarnya “budak” Najib, walaupun saya lebih tua dari dia.

“Oleh itu, kalau dia yakin sangat dia boleh tewaskan saya lagi kini, maka apa kata dia setuju sahaja untuk berdebat dengan saya sekali lagi. Saya ok sahaja,” katanya sambil menjual dua rangkap pantun kepada Rafizi.

Adat Melayu beresmi padi,

Semakin naik semakin menunduk;

Tidak layu merendah diri,

Ilmu yang baik menjadi petunjuk.

Bulan Ramadan bulan yang mulia,

Mengharap keberkatan Yang Maha Esa;

Mencari kebenaran tujuan usaha,

Untuk kebaikan sejagat manusia. MG

Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker