Tuduhan Raja Petra Wujudnya MAFIA Polis Di Bukit Aman Agak Melampau?

Oleh Nurul Aishah

SATU video yang memaparkan Raja Petra Kamaruddin menuduh pihak polis Bukit Aman di perintah oleh MAFIA yang menerima arahan dari “TUAN” dilihat agak melampau.

Walaubagaimanapun perkara ini dilihat perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Siasatan terperinci perlu dilakukan agar polis Bukit Aman bebas dari tuduhan bergerak ala MAFIA dan bertuankan individu tertentu.



Menurut desas desus yang bertiup kencang di media sosial, tuan kepada Mafia Bukit Aman ini adalah Tun Mahathir. Benarkah Mahathir terlibat dengan Mafia Bukit Aman? Sesungguhnya tidak kena menuduh seorang negarawan sedemikian rupa. Bagi membersihkan nama Mahathir, beliau perlu disiasat dengan telus, adil dan terperinci tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ianya dapat membersihkan nama negarawan terulung ini.

Memetik video yang berdurasi 17 minit 12 saat tersebut, Raja Petra Kamarudin penulis blog Malaysia Today, mendakwa bahawa siasatan kes Zeti sudah selesai 4 tahun lalu tapi pihak polis Bukit Aman sengaja melewat-lewatkan kes dengan tujuan untuk menggugurkan kes Zeti tersebut.

Menurut Raja Petra lagi, polis Singapura telah memberi maklumat bahawasanya Zeti atau pun keluarga Zeti telah menerima rasuah dan duit itu ada di bank Singapura.



All the fake news datang dari bukit Aman. What is polis Bukit Aman trying to do. Sementara itu they are call out trying to finish off Najib. Sebab Najib ini so call threat pada siapa yg menganggap dia threat. Dia orang nak “matikan” Najib dengan dia orang block tindakan terhadap Zeti, block tindakan terhadap Jho Low. Dengan kes Zeti diteruskan dengan Jho Low dibawa balik ke Malaysia which can be done with the snap of the fingers with the click of the fingers tapi dia orang tak buat kerana MAFIA dalam Bukit Aman dan MAFIA dalam polis behind the whole thing.

The question is who is asking the MAFIA polis to do this? Who is head of the MAFIA? Who is PDRM Bukit Aman Mafia is serving? Who is the master? – Raja Petra

Isu Zeti kini semakin mengundang ketidak puasan hati rakyat. Mereka menuntut agar Zeti dan suami Zeti segera didakwa memandangkan kertas siasatan telah lama siap bersama semua bukti kukuh. Kenapa ianya perlu dilengah-lengahkan lagi?



Ramai yang membuat spekulasi bahawa pendakwaan kes Zeti akan mengakibatkan satu tindakbalas domino dimana perancang utama dalam kes yang membabitkan penganiayaan terhadap Datuk Seri Najib akan turut terdedah dan berkemungkinan akan didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Adakah ini perkara sebenar yang telah dibincangkan dalam pertemuan antara Muhyiddin dan Mahathir baru-baru ini?

Agak menghairankan apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan disoal siasat polis setelah pertemuan dengan Muhyiddin berlangsung.

Bangkai gajah tidak akan mampu ditutup selama-lamanya. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker