Guru rogol 13 pelajar, dari hukuman penjara kepada mati

BANDUNG: Hakim Mahkamah Tingi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang guru, Herry Wirawan yang sebelum ini disabit kesalahan kerana merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan yang dibuat oleh pendakwa raya.

“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Hakim dalam keputusannya turut mengubah keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Herry.

Selain itu, hakim juga memutuskan Herry tetap akan menjalani hukuman penjara sebelum hukuman mati dilaksanakan.

Terdahulu, pandakwa raya menuntut Herry dihukum mati, namun ditolak Mahkamah Daerah Bandung dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kemudian, pendakwa raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Bandung sehingga keputusan dibuat.

Kes Herry mendapat liputan meluas di seluruh Indonesia selepas perbuatan terkutuknya yang dilakukan sejak 2016 terbongkar.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Lelaki itu yang juga merupakan guru agama merogol mangsa dengan menggunakan kekerasan dengan lapan daripada mereka mengandung dan seorang daripadanya pernah melahirkan anak dua kali.

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker