Perkenalan geng pecah rumah lima negeri bermula di penjara

Perkenalan geng pecah rumah lima negeri bermula di penjara

GEORGE TOWN – Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah di lima negeri selepas menahan enam ahli sebuah kumpulan penjenayah menerusi serbuan di Kulim, Kedah dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Suspek berusia 34 hingga 47 tahun itu ditahan susulan laporan berhubung kejadian pecah rumah mangsa lelaki berusia 61 tahun di Ayer Itam di sini sehingga menyebabkan kerugian RM50,000 pada Februari lalu.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, empat suspek ditahan di Kulim pada 25 Mac lalu, manakala dua lagi ditahan lima hari kemudian di Kuala Lumpur menerusi Op Pintu Mutiara.

“Suspek yang berasal dari Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur itu bekerja sebagai kontraktor rumah, mekanik, pengecat kereta dan penjual pakaian secara online.

“Dengan penahanan mereka, kita berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah di negeri ini dan enam kes di Pahang, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur serta berkemungkinan besar ada lagi kes lain yang mampu kita selesaikan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Rahimi berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai antara dua hingga 45 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah termasuklah salah seorang dikehendaki polis Selangor berkaitan kes dadah pada 2014 dan 2017.



“Ketua kumpulan berusia 45 tahun mempunyai 42 rekod lampau berkaitan jenayah dan tiga rekod dadah, manakala empat daripada suspek didapati positif methamphetamine dan amphetamine.

“Sebahagian mereka juga dikatakan mula berkenalan ketika di dalam penjara sebelum melakukan kegiatan pecah rumah bersama sejak Januari lalu.

“Polis mengesan satu atau dua orang suspek lain yang dipercayai berperanan besar dalam kegiatan ini,” katanya lagi.

Menurut Rahimi, pihaknya merampas dua buah kereta, telefon bimbit (12), jam tangan berjenama (11), kamera (sebuah), pelbagai wang tunai tempatan dan peralatan pecah rumah bagi siasatan lanjut.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. K Online

Perkenalan geng pecah rumah lima negeri bermula di penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)



Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker