Filem SenarioUnion-Saiful Apek Umum Senario Bakal Kembali Dengan Filem Terbaharu

Filem SenarioUnion-Saiful Apek Umum Senario Bakal Kembali Dengan Filem Terbaharu

Senario Union Bakal Temui Anda.  Peminat meluahkan rasa teruja apabila pelakon dan pelawak, Saiful Apek mengesahkan bahawa kumpulan Senario bakal kembali dengan filem terbaharu tidak lama lagi.

Filem SENARIOUNION Akan Datang



Berkongsi ulang siar sebuah hantaran mengenai perbandingan gambar terdahulu dan kini salah sebuah lokasi penggambaran filem Lagi-Lagi Senario, Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam bin Mohammad Yusoff,52 meminta peminat Senario mendoakan filem SENARIOUNION (Senario Union) dipermudahkan kelak.

“#ComingSoon nantikan filem SENARIOUNION & doakan kami, semoga dipermudahkan segala urusan” tulis Apek



Peminat Teruja Dan Tidak Sabar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat akui tidak sabar untuk melihat kemunculan semula kumpulan pelawak terkenal itu.

Selain Apek,kumpulan yang sering bersilih ganti anggotanya ini terdiri daripada Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya.



Menurut Azlee terdahulu, pelawak ini turut mengesahkan mereka bakal kembali selepas tularnya perkongsian pengarah filem terkenal, Aziz M.Osman mengenai projek filem terbaharunya berjudul ‘Ada Lagi Senario’.

Filem SenarioUnion-Saiful Apek Umum Senario Bakal Kembali Dengan Filem Terbaharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Anak Malaysia, Henry Golding bawa watak ninja pula dalam filem ‘Snake Eyes’

Hairul Azreen Akui Buat Sendiri.. Poster Filem Arahan Pertama Dikritik Netizen Tidak ‘Berkualiti’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker