Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis

Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis

Polis menjalankan siasatan terhadap penulis Uthaya Sankar SB kerana didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di akaun Facebooknya pada 7 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata siasatan dijalankan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek merupakan lelaki berumur 50 tahun dan telah ditangkap dalam sebuah rumah di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 11 April lebih kurang 11.15 pagi bagi membantu siasatan.

“Turut dirampas daripada suspek adalah satu unit telefon bimbit jenama Iphone XR berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan menyebabkan – atas alasan agama – suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jelas Abdul Jalil, permohonan reman terhadap suspek juga akan dibuat dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah esok.

Terdahulu Uthaya dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dikatakan berhubung hantaran yang dimuat naik di media sosialnya.

Katanya, dia akan disoal siasat di sana.

“Saya sedang dibawa ke Bukit Aman.

“Mungkin ditangkap. Mungkin dijamin,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Pada 8 April lalu, dia memuat naik laporan mengenai pelakon Iman Zulkarnain yang serik berpoligami dan berpesan kepada kaum lelaki agar “tidak mencari penyakit”.

Dalam hantaran itu, Uthaya mengaitkan amalan poligami itu dengan Nabi Muhammad.

Uthaya berkata demikian merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 6 April lalu yang memetik Iman Zulkarnain akhirnya akur tidak mampu hidup berpoligami. Mk

Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker