Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya

Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya

Dalam satu hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda,

“Ada seorang lelaki berkata, “Malam ini aku benar-benar akan bersedekah.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan sedekahnya itu diserah ke tangan pelacur. Keesokan harinya, ramai orang berbicara bahawa malam tadi ada pelacur diberi sedekah. Maka lelaki (yang memberi sedekah) itu berkata,



“Ya Allah! Bagi Mu segala pujian kerana sedekahku jatuh ke tangan pelacur. Nescaya aku akan bersedekah lagi.”

Dia pun keluar membawa sedekahnya lalu bersedekah kepada seorang yang kaya. Keesokan harinya orang ramai berbicara bahawa pada malam tadi seorang yang kaya telah diberi sedekah. Pemberi sedekah itu berkata,

“Ya Allah! Bagi Mu segala pujian kerana sedekahku jatuh ke tangan orang kaya. Pasti aku akan bersedekah lagi.”

Lalu dia keluar untuk bersedekah. Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan pencuri. Keesokan harinya ramai orang membincangkannya bahawa seorang pencuri telah diberi sedekah. Pemberi sedekah itu berkata,



“Ya Allah! segala pujian bagi Mu. Sedekahku telah ditakdirkan jatuh ke tangan penzina, orang kaya dan pencuri.” Kemudian lelaki itu didatangi malaikat dan berkata,

“Adapun sedekahmu telah diterima Allah. Ada pun sedekahmu kepada pencuri semoga sedekah itu ia dapat menjaga dirinya dari mencuri. Dan, sedekahmu kepada wanita penzina semoga ia dapat menjaga diri dari melakukan zina. Sedangkan sedekahmu kepada orang kaya mudah-mudahan ia dapat mengambil pelajaran darinya sehingga ia menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya.”

Kisah orang kaya yang bersedekah kepada tiga orang iaitu pencuri, penzina dan orang kaya banyak pengajaran yang boleh dikutip. Antaranya bersedekah kepada orang yang kita tidak tahu latar belakangnya juga tidak salah dan bersedekah dalam waktu orang tidak tahu kita bersedekah paling utama.

Memang kita kena tahu kepada siapa kita perlu bersedekah supaya duit yang diberi itu tidak digunakan untuk yang tidak sepatutnya. Namun hadis tadi menyatakan walaupun kita tidak tahu kepada siapa sedekah itu diberi namun ia tetap ada manfaatnya kepada orang tersebut dan tetap ada pahala sedekahnya.



Dalam tafsir Ibn Katsir, ketika menghujahkan surah al-Baqarah ayat 272. Katanya, jika seseorang mengeluarkan sedekah untuk mencari keredaan Allah maka pahalanya terserah Allah.

Malah tidak ada masalah baginya apakan sedekah itu diterima oleh orang yang baik atau jahat atau yang berharta menerimanya mahupun orang yang tidak berhak ke atasnya. Dia tetap mendapat pahala atas niatnya. Wallahu a’lam utv

Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen



Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker