Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB

Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.

Menurut sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.

Rohana sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbica­raan bekas rakan sekerja­nya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh mahkamah di Brooklyn.-AA



Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker