Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Pengacara Daphne Iking akhirnya membuka mulut mengenai keputusan untuk bertudung sejak Oktober tahun lalu.

Daphne, 43, berkata, pada awalnya dia memakai tudung hanyalah untuk menutup uban di kepalanya ketika mahu keluar rumah bagi menghadiri sebuah acara.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terbabit dengan aktiviti kesedaran kanser. Jadi, saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

“Rambut saya sangat panjang, lebih paras pinggang dan syarat untuk mendermakan rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan.

“Tapi, dalam tempoh itu uban saya juga makin jelas kelihatan. Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri majlis bertemakan warna ungu dan ketika bersiap-siap saya cuba tutup uban saya dengan pakai turban.

“Malangnya saya cuma ada selendang ungu, bila saya cuba gayakan ala-ala Grace Kelly, tudung saya ‘terpeleot’ sampai ke belakang jadi saya pakai topi selam (diving cap) warna hitam dan padankan dengan selendang itu,” katanya.

Menurut Daphne, dia bagaimanapun bersyukur apabila permulaan itu dipermudahkan dan kini berasa janggal sekiranya keluar rumah tanpa tudung.

“Seganlah… dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.

“Proses bertudung itu saya teruskan sampai Ramadan dan hari raya, bila buka tudung saya jadi janggal.

“Kalau boleh dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi,” kata Daphne yang ditemui pada majlis pelancaran Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli baru-baru ini.

Tambah Daphne, suami memberikan 100 peratus sokongan meskipun pada awalnya dia beberapa kali bertanya dengan keputusan yang ingin dibuat.

Bagaimanapun Daphne berharap dirinya akan kekal istiqamah dan diberikan kekuatan untuk melalui hari mendatang. HM

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker