Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup seminggu

Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA), di sini, diarahkan tutup selama seminggu susulan terdapat penularan kes Covid-19

REMBAU – Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) diarahkan ditutup selama seminggu susulan terdapat penularan kes Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sekolah berkenaan ditutup bermula dari 11 April lalu hingga 18 April ini bagi tujuan sanitasi.

Menurutnya, kes dikesan melalui saringan bergejala oleh pihak sekolah ke atas pelajar melalui ujian RTK-Ag secara kendiri.

“Susulan pengesanan tersebut satu kluster baharu telah tercetus dan diumumkan semalam iaitu Kluster Jalan Pilin.

“Setakat data semalam, seramai 60 pelajar iaitu 38 lelaki dan 22 perempuan disahkan positif Covid-19 melibatkan pelajar tingkatan dua hingga lima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker