Mercun, cukuplah tragedi jari kudung raya ini

Gambar Hiasan

Setiap kali musim perayaan pasti ada kes kecelakaan akibat bermain mercun. Bagaikan sudah sinonim pula perayaan dan mercun.

Kalau tidak ada mercun atau bunga api seperti ada yang tidak kena satu-satu perayaan tersebut baik sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali, pasti ada yang membakar bahan letupan tersebut.

Bagi sesetengah tempat terutama di kawasan kampung, penduduknya membakar meriam buluh sebagai tanda meraikan kemenangan setelah menghampiri penghujung Ramadan.

Namun, sepanjang pengetahuan penulis kes-kes kecederaan melibatkan mercun sama ada yang dibeli atau buatan sendiri biasanya banyak berlaku pada musim raya Aidilfitri.



Jarang pula kita mendengar kes kecederaan akibat main mercun pada musim perayaan lain terutama Tahun Baharu Cina.

Walaupun berbahaya, mercun sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap setiap kali menjelangnya musim raya.

Oleh itu tidak hairanlah ada yang mencari pendapatan tambahan dengan menjual mercun kerana pulangannya lumayan.

Demi mengejar keuntungan ada yang sanggup melanggar undang-undang dengan menyeludup mercun dan bunga api walaupun mereka tahu perbuatan tersebut adalah salah dan boleh ditangkap.



Cuma sejak dua tahun kebelakangan ini, selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan penduduk Malaysia ‘dikurung’, kita tidak lagi mendengar kes putus jari atau tangan dan buta akibat bermain mercun.

Alhamdulilah hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Tiada lagi kes kecederaan main mercun dilaporkan oleh media.

Namun begitu, pada tahun ini aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api kembali rancak.

Pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan melakukan risikan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.



Sejak awal Ramadan lalu, sudah banyak rampasan dan tangkapan membabitkan bahan letupan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang terletak bersempadan dengan negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafie Mamat mengakui kegiatan menyeludup mercun di dua daerah negeri itu iaitu Pasir Mas dan Tumpat meningkat dua kali ganda menjelang Aidilfitri tahun ini.

Diharap usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun ini dibuat secara berterusan dan tiada lagi tragedi berdarah akibat terkena bahan letupan pada Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Kepada ibu bapa pula, pantaulah anak masing-masing kerana kita mahu membalas dendam beraya sakan di samping ahli keluarga, bukan menyambut raya di hospital.

Lebih parah lagi kehilangan insan tersayang pada Hari Raya Aidilfitri akibat daripada perbuatan yang mencederakan diri sendiri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker