Resepi Udang Khamped Thai Padu



Resepi Udang Khamped Thai Padu

LELEH tengok! Resipi udang khamped merupakan salah satu sajian terkenal di negara jiran, Thailand.

Kebiasaannya, menu ini boleh didapati di kedai-kedai Siam dan harga hidangannya juga sedikit ‘keras’.

Selain udang, hidangan khamped ini boleh dimasak dengan menggunakan ayam, sotong dan ikan mengikut selera masing-masing.

Siapa yang pernah makan menu ini pasti tahu rasanya macam mana kan? Sedap dan padu! Cukup rasa manis, masam, pedas dan masin.




Lagipun resipinya sangat ringkas dan mudah untuk dibuat dengan rasa yang sangat berbeza!

Bahan-bahannya;

1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) digaul garam dan kunyit
2 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
2 batang serai potong halus dikisar
2 biji cili hidup (merah) dikisar
5 biji cili api (hijau) dikisar

2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
Kacang panjang (optional)
Serbuk perasa
Garam
Gula
Daun limau purut

Cara-cara membuatnya;




1. Goreng separuh masak udang yang digaul bersama garam dan kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak bekas goreng udang dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili dan sos ikan. Masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air.
4. Masukkan udang, kacang panjang yang dipotong serta daun limau purut. Perasakan. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Selamat berbuka puasa.

Sumber : Ida Zairi

Resepi Udang Khamped Thai Padu


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Leave a Reply

Your email address will not be published.