Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]

Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]

ISU hubungan ‘dingin’ antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani kini menjadi semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan antara mereka.

Terbaharu, Zaki, 16, menegaskan tidak ada mana-mana pihak termasuk ibunya bertindak menghalang mereka untuk bertemu.

Pengakuan Zaki itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Jamal kepada mStar bahawa bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad menjadi penghalang ikatan kasih antara dia dan anaknya.

Baba yang tak nak jumpa Zaki, apa pula nak salahkan mummy Zaki.
“Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.
“Tiada siapa yang tak bagi, ayah sendiri yang tak nak jumpa anak”

tulis Zaki di ruangan komen Instagram mStar Online.

VIDEO DIBAWAH:-

Terdahulu Jamal dalam satu kenyataan kepada mStar mendakwa dia terpaksa bertemu Zaki secara curi-curi di sekolah bagi memberi wang bulanan.

Kenyataan penyanyi berusia 63 tahun itu bagi mengulas mengenai pendedahan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya.

Sementara itu, Zaki meminta penyanyi itu berhenti memburukkan wanita yang selama ini sentiasa berada di sisinya.

“Kepada baba, Zaki harap berhenti burukkan mummy sebab selama ini kalau Zaki sakit dia yang ada jaga.
“Baba boleh je nak jumpa Zaki, baba janji nak jumpa tapi tak datang. Zaki whatapps baba tak balas, call pun tak jawab,” ujarnya

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd
Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.-mSTAR

Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker