Kes Rohana masih disiasat, jangan buat spekulasi – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes Datuk Rohana Rozhan berhubung dengan AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi tentang kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan bahawa Rohana secara dasarnya bersetuju untuk memulangkan wang tersebut yang diberikan kepada oleh Tim Leissner.

Dengan memetik sumber SPRM, agensi itu dikatakan giat untuk mendapatkan semula wang berkenaan selepas Rohana bersetuju untuk menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker