Kena cerai selepas muat naik video suami cuci pinggan

Gambar Hiasan

DAMASCUS, SYRIA – Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.

Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.

Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.

Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.



Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.

Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.

Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella



Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker