Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dibayar mulai hari ini

Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dibayar mulai hari ini

Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sepatutnya dijadualkan pada 20 April diawalkan kepada 18 April.

Menterinya Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima banyak permintaan menerusi media sosial supaya kerajaan mempercepatkan bayarannya.

“Ramai yang mesej dan komen dalam sosial media saya, ‘YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”



“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook.

Katanya, beliau percaya ramai berasa lega kerana KWSP telah mengumumkan ahli boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM10,000.

“Permohonan untuk ahli berumur bawah 55 tahun mula dibuka pada 1 April lalu dan berakhir pada 30 April ini. Manakala pembayaran bermula pada 18 April.



“Bagi mereka yang telah memohon pada awal April lalu, bolehlah (check) periksa akaun masing-masing bermula esok. Kalau belum masuk, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat

“Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna tahun ini. Insya-Allah,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Beliau dipetik berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.



Katanya, keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu. FMT

Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dibayar mulai hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker