Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam



Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam

Seorang lelaki yang dilihat berpaut pada Perodua Myvi sebelum diseret dalam video yang tular di media sosial ditahan polis awal pagi tadi.

Lelaki warga China itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas mendakwa dirinya diancam orang awam semasa berada di lokasi kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah sekolah Cina di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, berkata video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang cuba berpaut pada pedal pintu belakang sisi kiri kenderaan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku selepas kemalangan, di mana pejalan kaki warga China cuba masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.




“Pejalan kaki itu dibawa anggota unit kereta peronda MPV ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mengadu diancam orang awam semasa di lokasi kemalangan terbabit,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mengulas kemalangan itu Sarifudin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 2.15 pagi tadi membabitkan dua kereta iaitu Proton Exora dan Toyota Vios, serta dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

“Proton Exora yang berada di lorong tengah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki yang tiba-tiba melintas jalan, pada masa Toyota Vios datang dari belakang namun sempat memberhentikan.

“Tiba–tiba sebuah motosikal dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Vios dan terbabas sebelum melanggar Proton Exora. Sebuah lagi motosikal datang dari arah sama kemudian merempuh motosikal yang terbabit kemalangan lebih awal itu,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka pada muka, manakala penunggang sebuah motosikal lagi patah kaki kiri.




“Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital HUKM Cheras, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya. FMT

Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Leave a Reply

Your email address will not be published.