Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Kepelbagaian menu yang dijual di bazar Ramadan membuatkan ramai pembeli rambang mata dan kadang kala berlakunya pembaziran yang melampau. Bagaimanapun timbul skeptikal dalam kalangan pembeli berikutan beberapa kali menjadi mangsa kepada penjual yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi luahan seorang wanita dikenali sebagai Ctea ZHafiz, menceritakan suaminya membeli nasi briyani daging dengan harga RM12. Bagaimanapun, daging yang diberikan menerusi set nasi tersebut lain daripada kebiasaan.



Tak taulah ada menu baru atau kena scam. Bagi daging ketul bulat-bulat besar, tengok macam pelik. Sekali makan.. jenggg itu adalah daging kisah yang dikepal-kepal. Kau rasa?

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa rasa daging dan kuah tersebut adalah masam dan dia ketika itu seolah-olah mahu memulangkan semula menu tersebut kepada peniaga berkenaan.

Tak apa lagi makan la juga. Allah sedih sungguh daging dengan kuah tu masam. Daging pun macam tak masak betul. Rasa nak pergi balik bazar dan lumur dekat muka penjual. Sabar-sabar.

Yang peliknya macam mana dia boleh berniaga hari-hari. Tak ada orang complain, dekat mana ye nak report kes macam ini? Geram sungguh.



Respon netizen

Menerusi ruangan komen. rata-rata netizen turut geram dengan nasib yang menimpa wanita ini dan mereka turut mencadangkan supaya masak sendiri di rumah bagi mengelakkan daripada ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Ctea ZHafiz via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella



Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker