DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB

DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB

Selepas dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu, lelaki yang dikenali sebagai DJ Wong, mencipta kejutan apabila muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook tengah malam tadi, sebelum mengakhiri siaran itu lafaz cerai talak tiga terhadap isterinya.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, yang berbaju Melayu biru muda, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Beliau menyatakan yang keadaan dirinya masih sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar dia berada.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis, mendedahkan punca dia keluar daripada rumah adalah atas kerelaan hatinya kerana mempunyai masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan syiling RM2.70 serta sebuah telefon bimbit, namun masih mampu bertahan dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat sepanjang tempoh sejak tujuh hari lalu.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memgumumkan kepada pengikutnya yang beliau tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

DJ Wong dilaporkan oleh isterinya menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumah mereka di Taman Ria Mesra 2 jam 9.30 malam Rabu, lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB, menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu di mahkamah. BH

DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker