Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’


Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’

Mahkamah Rayuan membebaskan kerani, Sam Ke Ting, dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan beliau membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman dalam kes “basikal lajak” pada 2017.

Hakim Ravinthran Paramaguru membenarkan permohonan ikat jaminnya hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Panel hakim yang turut dianggotai Lee Heng Cheong dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut memberikan kebenaran kepada Sam untuk membuat rayuan dalam prosiding hari ini.

Sam mengemukakan enam soalan undang-undang untuk diputuskan pada perbicaraan penuh nanti. Antaranya ialah sama ada kenyataannya dari kandang tertuduh yang diberikan ketika perbicaraan pembelaan boleh diterima dan disertakan dengan bukti lain.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadapnya.

Sam tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu dan diperintahkan menjalani hukuman serta merta.

Peguamnya, Faizal Mokhtar, memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Sam bukanlah berisiko untuk melarikan diri (flight risk) dan dia menghadiri setiap sesi pendengaran di mahkamah.

“Malah ketika pihak pendakwaan dan pembelaan dijangkiti Covid-19 pada perbicaraan, dia masih datang ke mahkamah,” katanya. FMT

Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker