Askar Ukraine kini dilatih Pasukan khas Britain

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine untuk melatih askar tempatan di wilayah bergolak itu, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Ini merupakan kali pertama anggota SAS bekerjasama dengan askar tempatan di sekitar Kiev sejak konflik bermula hampir dua bulan lalu.

Laporan yang tidak disahkan itu dikeluarkan sehari selepas stesen televisyen utama Rusia, Rossiya 1 berkata, Perang Dunia Ketiga telah pun bermula dan Kremlin kini sedang berperang dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).



Britain telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan persediaan askar yang berjuang menangkis pencerobohan Kremlin terutama dengan senjata anti-kereta kebal ringan (NLAW) yang diubah suai.

Jurulatih tentera Britain pada mulanya dibawa keluar dari Ukraine apabila pencerobohan bermula kerana bimbang pertempuran langsung dengan tentera Rusia boleh meningkatkan konflik.

Bagaimanapun, kini pegawai dari batalion berasingan mendakwa bahawa askar SAS berada di Ukraine untuk melatih dan merekrut tentera negara itu berkenaan cara-cara untuk mengendalikan senjata.

Kementerian Pertahanan Britain bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan laporan mengenai kehadiran SAS di Ukraine.



Komander askar Ukraine, Kapten Yuriy Myronenko berkata, mereka kini sudah mempunyai latihan ketenteraan yang lebih baik.

“Pegawai British berada di sini sejak dua minggu lalu di unit kami dan mereka melatih cara-cara menggunakan senjata terutamanya NLAW.

“Kejayaan dalam memusnahkan banyak kapal serta konvoi Rusia telah memberi kami keyakinan diri yang lebih tinggi sekarang,” kata Myronenko. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker