Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun



Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun

Najib Razak menempelak tindakan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang cuba mengaitkannya dengan Siti Bainun Ahd Razali, ketika ini berdepan dakwaan mengabai dan menganiaya kanak-kanak OKU, Bella.

Najib berkata, hantaran di Facebook itu dibuat pada 2016 dan Wan Fayhsal baru berkongsi perkara berkenaan.

Bekas perdana menteri itu turut mempersoal “logik putar belit” Wan Fayhsal dalam mengaitkannya dengan Siti Bainun, hanya kerana beliau menjadi tetamu utama pada satu majlis, di mana Siti Bainun adalah penerima anugerah khas daripada Puteri Umno.

“Niat dia kami faham. Puasa atau tidak, dia tak kisah. Saya tahu pihak sebelah sana cuba kaitkan saya dengan #JusticeForBella sebab saya pernah hadir dalam sebuah majlis yang dianjur Puteri Umno 6 tahun dahulu pada tahun 2016 di mana Siti Bainun, diberi anugerah khas.




“Sebab saya pernah hadir satu majlis yang dianjur orang lain, kamu nak kaitkan dengan saya?, kata Najib di Facebook.

“Boss kamu Muhyiddin dulu pun dalam parti saya. Sekarang kamu gelar saya ‘perompak’. Dengan logik yang saya, kamu nak kaitkan Muhyiddin dengan ‘perompak’ sebab dia pernah dalam Kabinet dan parti saya tak? Ada akal, tak?, soal Najib

Wan Fayhsal dalam hantaran terkini di Facebooknya berkongsi hantaran Najib pada 2016 yang menunjukkan Siti Bainun yang juga tertuduh dalam kes Bella menerima anugerah khas daripada Puteri Umno.

Najib berkata, sejak tahun lalu beliau sentiasa mengikut rapat kes Bella dan amat bersimpati padanya.

“Namun, bukan saya yang pilih penerima anugerah tersebut pada tahun 2016 dan secara peribadi, saya kurang berkenalan dengan Siti Bainun.




“Sebab itu, ianya lebih elok untuk kamu bertanya terus kepada ketua Puteri Umno tahun 2016. Tanyalah kawan kamu sekarang,” katanya.

Najib merujuk kepada Mas Ermieyati Samsuddin, bekas ketua Puteri Umno ketika itu yang kemudian “melompat” ke Bersatu.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. FMT




Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Leave a Reply

Your email address will not be published.