Polis buru kumpulan lelaki masukkan dan bakar mercun dalam dubur kucing




TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang lelaki memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing di Sumbawa, Indonesia. – AGENSI

SUMBAWA: Polis Sumba memburu sejumlah lelaki selepas mereka didakwa membakar mercun yang dimasukkan ke dalam dubur seekor kucing dalam satu kejadian, di sini semalam.

Kes itu terbongkar selepas video yang menunjukkan mereka membakar mercun pada dubur kucing itu menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap polis Sumbawa, Ivan Roland Cristofel berkata, polis memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.

“Kami sudah memeriksa beberapa akaun Facebook dan dalam video tersebut, sejumlah lelaki di dapati sengaja memasukkan mercun ke dalam dubur kucing dan membakarnya.

“Video itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menggesa supaya semua pelaku ditangkap kerana bertindak zalim terhadap haiwan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Sehubungan itu, Ivan memberitahu, polis sudah melakukan koordinasi untuk mengenal pasti video tersebut dan pelakunya.

Jelas beliau, polis juga sudah mengenal pasti alamat semua pelaku dan akan melakukan penahanan segera.

“Semua pelaku di dalam video itu bertutur dalam bahasa Sumbawa dan kami sudah mengenal pasti satu daerah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian.

“Kami akan ambil tindakan segera,” tegasnya.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seorang pemuda memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing.

Ketika mercun itu meletup, dapat dilihat kucing terbabit mengalami kesakitan dan reaksi haiwan itu ditertawakan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Video itu pada mulanya dikongsi dalam Facebbok sebelum tular dalam beberapa media sosial lain.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Leave a Reply

Your email address will not be published.